Khamis, 13 Ogos 2009

TEATER KOMPILASI VOL II


Kali ini aku nak komen tentang teater kompilasi Vol 2 , malam 13Ogos 2009 yang lalu . Malam tu punyalah ramai sambutan dari pelajar - pelajar ''U''.Walaupun skrip ini ditulis oleh yang bukan lahir pada tahun itu namun jalan ceritanya yang terlalu sensitif dengan isu semasa telah memaksa aku berada dizaman itu , Perjuangan yang tiada penghujungnya dan terlalu kuat untuk diterjah , Demi perjuangan segala - galanya sanggup dan demi perjuangan juga takdak yang mustahil , namun bagi aku jalan cerita yang terlalu berjaga - jaga telah melalaikan penulis sedikit begitu jugak dengak watak yang dibawa oleh effendy yang terlalu berjaga - jaga .namun itulah LEGASI ... Bercakap tentang itu pun aku tetap bangga dengan perjuangan rumah anak teater yang terlalu menitik beratkan perjuangan seni dan kepuasan seni ... Bercakap tentang watak Zahiril Azim pulak aku suka penghayatan itu , cerita itu terlalu bagus untuk dinilai karektor dan jalan ceritanya jugak berkesan ,Razman yang tersepit didalam masalah dan dunia yang diciptanya sendiri telah menyebabkan jalan yang dipilihnya akhirnya gelap terpaksa pergi bersama angin ..pergi bersama rasa itulah NATURALISASI. tahniah pada semua produksi rumah anak teater ''Lu orang memang Hebat !!!'' .......ungubiru

Ahad, 9 Ogos 2009

TEATER ANUGERAH KEMERDEKAAN


Alhamdulilah , akhirnya dari 7 sinopsis yang dihantar Dewan Bahasa dan Pustaka telah memilih 2 skrip sebagai simpanan dari Produksi Tapak Pelita ''Syukur'' Kini Tapak Pelita tetap tidak kecewa walaupun hanya sebagai skrip simpanan tapi sekurang- kurangnya karya kami dihargai .. thanks !!!teater kami Sang Gajah dan Sang Semut yang absurb serta penuh dengan teka teki moga semua penonton akan meyukainya nanti . satu lagi teater iaitu teater Cendol & rojak yang berkisar tentang perniagaan keluar yang turun temurun dari ayahnya dan kini anaknya yang bertekad untuk mengusahakan perniagaan ini , Harap hasil seni ni dapat dihayati dan dihargai dari setiap pelusuk tanahair yang cintakan seni
TAHNIAH TAPAK PELITA !!!

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones