Rabu, 5 Ogos 2009

KATA ORANG !!



KATA ORANG kalau mata kanan terkedip-kedip nk tgk orang jauh ,dan KATA ORG pula kalau mata kiri terkedip-kedip kita nak menangis .. itu diantara kata - kata orang , namun sejauh mana iainya benar kita tak tahu KATA ORG kalau kita bersin sangat2 tu ada lah orang yang sedang mengata pasal kita . ???? KATA ORG jugak kalau kita bulu mata kita jatuh maknanya ada laa yang rindukan kita yang terlalu lama tak jumpa kita ... (mmm... takkan buah hati pun boleh sampai bulu mata jatuh ?)KATA ORG kalau kalau tahi lalat kat tepi bibir tu memang orang mulut alahai punyalah celoteh dan ada juga KATA ORG kalau tahi lalat atas bahu pulak sampai ke tua lah dia menanggung susah .. betul ker ? KATA ORG kalau jumpa duit tepi jalan walau seposen pun kita tak boleh ambik nanti lagi banyak duit kita hilang dan KATA ORG jugak kalau asyik menyanyi dalam bilik air alamatnya dapat laki tua lah kita , KATA ORG kalau makan asyik tukar tempat nanti kawin ramai ( best lah kaum lelaki camni ) ..KATA ORG kalau anak nak kita makan kepala ikan nanti belajar pun susah nk ingat. kalau semua asyik dengar KATA ORG apa pulak KATA KITA ? tapi dalam dunia ni kita kena jugak guna pakai cakap Orang kalau tak jawabnya susahlah ,lagipun kawan -kawan sekeliling kita semuanya orang jadi faham- faham jer lah ...

Isnin, 3 Ogos 2009

KISAH LORONG BLUES !!!



Kesian Mak Jah .. Salahkah MakJah lari dari kesusahan ..salahkan Tokdalang dengan caranya hidup yang terpaksa ditempuhinya. MakJah mengedar dadah ??? itu kah kesenangan ? Ya Allah kesenangan apakah itu ? ..kesian Tok Dalang kerana sampai saat-saat akhirnya bersedih dengan MakJah gadis makyong yang dicintainya dulu ..Arfah pula dah bagi betis masih tak cukup-cukup nk juga Paha nak juga makan besar .. cinta apa itu arfah cinta Boneka ? ada pintu depan dan pintu belakang .. hidup bukan mudah yang baik belum tentu jadi baik yang jahat belum tentu jahat ...Macam kudin yang meratapi kasih ibu yang pergi tanpa sempat menebus dosa kesian kudin mencari keseronokan dengan tinggal dilorong gelap ..Innalillah .. Kudin pergi pada yang Esa .. Jowi pula mencari jalan yang entah ada atau tidak .. tak tahu nak bezakan yang mana perlu dan yang tidak ,Jowi bapuk jalanan yang akhirnya terpaksa menanggung HIV atas kesengsaraan yang dilalui .. ini semua kerana mereka kah ? kerana mereka yang memperkosa memuaskan hawa nafsu melepaskan peluh -peluh haram ...Bapuk dan Punkid yang memilih haluan untuk melupakan kesedihan hidup mencari jalan yang akhirnya memerangkap diri mereka .. dunia berbagai-bagai cerita ada pedih ada sayu dan ada pula yang merana ..dan akhirnya anak yang ditinggalkan terpaksa menjadi pendendam , berdendam dengan ibu sendiri menagih kasih sayang yang tak pernah wujud .. kesian mereka terpaksa menghabiskan hidup sebagai pelarian .. hidup dilorong-lorong blues....

* Apa yang lebih baik menyanyi dalam kedukaan atau menyanyi dalam kegembiraan yang lebih puas kita saja yang pasti kita saja yang tahu ....

Ahad, 2 Ogos 2009

INILAH KAMI !!! PRODUKSI TAPAK PELITA

Panas - panas petang dengan angin yang nyaman kami bersantai di tasik titiwangsa bersama semua rakan - rakan ''Produksi Tapak Pelita'' , bertukar - tukar idea dan mencari kata sepakat , bayangkan dengan semua idea yang digabungkan maka wujudlah keserasian dan tercetus lah
idea ... ''Tapak Pelita'' akan tiba Disember ini bersama Teater - teater dan ruang seni
untuk dipersembahkan . Kepada rakan - rakan baru jom bersama ''Produksi Tapakpelita'' sama- sama kita corakkan seni corakkan dunia dan corakkan hidup kita ..

kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi kami : anna- 0122810807 / Yusrika - 0127052504 / Fendy - 0177474758 / Airen -0129048776

Selamat Datang Rakan Baru ...



TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones