Selasa, 29 Disember 2009

TAHUN 2010

Sedar atau tak.. kita dah nak masuk tahun baru 2010....cepat betul masa berjalan .... dua hari lagi tahun 2009 akan berlalu ... itulah masa terlalu cepat berjalan ...macam aku masih lagi disini cuma azam ku nk berteater kembali dah termakbur .. dapat juga aku merealisasikan apa yang aku nak ... menulis skrip dan cerpen2 pendek .... Dan aku juga dah mula berjinak - jinak dengan bussiness sendiri .... belajar meguruskan bussiness sendiri walaupun hanya part time sebab aku masih lagi berkerja tapi insyallah selepas tahun 2010 aku boleh berhenti kerja ... dapat menumpukan sepenuhnya pada job yang memlimpah ruah tahun 2010 nanti .., insyallah ...
28 Disember aku dah setup company bersama 2 lagi rakan kongsi ... CSA SKILLS training & event Managment . itu nama company kami .. aku berharap dengan rakan kongsi yang sedia ada ni aku dapat goyang kaki next 5 years .... best kan kalau duit masuk tapi kerja dah releks tak payah pening -pening ...... setakat sekarang dah ader projek-2 yang dah masyuk... untuk next year .. alhamdulilah ... 3 girls buka 1 company boleh ker ?
semua orang macam pelik dan ada juga yang tak yakin tapi bagi aku .... kalau kita tak mengalah .. kalau kita tekad insyallah ....

Salam tahun baru ...... moga tahun baru akan bertambah isinya ... bertambah rezekinya ...AMIN

Isnin, 7 Disember 2009

Berjoget di kampung









































































6hb Disember yang lalu , aku kat kampung ,, hehe acctually itu kampung mak aku ..kat pahang nama kampung tu kampung Som .. aku dengar Deejay kenduri tu cakap nama tu datangnya dari kampung yang banyak tanam daun Kesom .. betul ker ? mmm entah .. betul lah kot ..
balik untuk kenduri sepupu aku yang wife dier orang Gurun kedah ini kenduri sambut menantu lah ni ... seekor lembu di korbankan tapi masa aku on the way nak kesana aku dengar lembu tu terlepas huhuhu sibuk orang kampung kejar lembu .. agaknya kecut perut lembu tu nk kena sembelih .. aku sampai sajer sibuk kat dapur masukkan bunga telur dan buah tangan untuk tetamu esok ... letih bukan main lagi tapi bila sekali segala berekumpul seronok juga .. makngah aku tu anak dia ramai kau dah tak ingat berapa orang tapi yang pasti lebih dari 1 pasukan bola sepak .. bila kenduri macam ni seronok berkumpul umah mak sedara aku ni panjangnya dekat 1km .. panjang ... kalua dari ruang tamu nak kedapur tu puas la jugak berjalan .dalam erti kata lain kalau malas nk berjogging kat taman jogging jer dalam umah tu ...jauh ............
malam sebelum kenduri macam biasalah orang kampung berpesta dengan mini konsert rock kat kampung yang mana ader bakat terpendam haa... masa tu lah nk tunjuk bakat ...best jugak sebenarnya sebab suasana macam ni dah takder sangat kat kmapung oranf lain .. malam tu siap ader karaoke lagi .. pastu diakhirya dengan joget lambak .. dangdut dan macam 2 yang meriah meriah .. seronok sebab semua yang berdangdut tu sepupu jer ... semua saudara terdekat ...
siangnya masa hari perkahwinan pun ader lagi karaoke masa tu pengantin pun tunjuk bakat ..sepupu-2 aku ni semuanya pandai menyanyi so tak sumbanglah majlis aritu ... pengantin pakai baju bertemakan biru .. cantik .. raja sehari lah katakan ..
kalau ader yg nk merasa suasana kenduri yang gempak macam ni datang la kan kampung aku ... best .... ..nukilan ungubiru

Isnin, 16 November 2009

manusia hati busuk !!

hari aku nk bercerita .. bercerita tentang manusia di sekeliling aku .. kawan - kawan dan saudara mara .. kalau kita bercakap pasal sikap hasad dengki ... semua orang ada rasa macam tu rasa dengki dan marah tapi bergantung dengan cara kita menerimanya ..
kawan ..aku baru- baru terjebak dengan seorang kawan di office .. perangai teruk asyik dengki kan orang .. dia tu senior kan office ..office aku ni undang- undang longgar la skit .. tak macam office lain staf - staf kat situ datang takder punch kad cuma log in dalam komputer .. pulak tu yang buat report attenandance si senior aku ni lah ...kalau ada staff yg dtg lambat sibuk dia bercakap .. megata orang tu blakang .. tapi kalau dia yang lambat selambernyer dia menukarkan report attendance tu ..... dulu masa dia tak ada facebook sibuk marahkan orang main facebook .. tapi bila baru ni tetiba dia register facebook sibuk tanya aku macam mana nk log in guna proxy .. dah tu part yg paling meyampah bila dah ada facebook dia sedap - sedap megutuk oranf dalam FB .. hai manusia ...entah la sampai bila dia nak sedar aklu ni kalau nak berceriota banyak lagi tentang senior aku ni tapi tak per lah malas la pulak jari ni nak menaip tapi .. ...nanti bila - bila senang aku sambung lagi ...

Sabtu, 24 Oktober 2009

AKU ..KAU ...KITA..KAMI...BEBAS...






Alhamdulilah segalanya berakhir .. pementasan 3 hari di stor teater DBP terlalu bermakna bagi kau .. selepas sekian lama tak berteater akhirnya aku mulakan kembali .Malam terakhir terasa sedih sangat mana taknya kami bagai satu keluarga siang malam berkumpul disitu . aku sebenarnya bangga dengan semua terlibat .. bangga dengan tekad usaha masing - masing untuk lalukan pementasan yang terbaik .ada yang baru kali pertama berteater ada juga yang baru kali pertama belajar mengunakan lighting dan sound tapi semua berjalan lancar ..Yang paling membanggakan adalah Dalisya .. anak aku sendiri ... bayangkan ini kali pertama dia berteater .. tapi kalau dilihat dari kekuatan dia berteater .. fuhh .. memang terlalu bagus untuk dinilai ... sedih terharu bila lihat anak sendiri dipentas teater ..

Moga selepas ini segalanya berjalan lancar dan tunggu aku untuk teater seterusnya...
Insyaallah ...

Rabu, 14 Oktober 2009

7 HARI LAGI !!!

Tinggal lagi 7 hari untuk ''Produksi tapak pelita '' Pementasan tiga teater pendek yang akan membuktikan produksi baru ini boleh bergerak walaupun ada segelintir yang tak yakin dengan kebolehan tapak pelita ... semalam 14 oktober 2009 kami berlatih lagi hampir setiap malam kami cuba dan memastikan kepuasan penonton yang akan hadir malam 23 - 25 oktober ini .
Teater Sang Gajah Dan Sang semut :
Sebuah kisah yang disampaikan secara sinis untuk menyindir situasi kepimpinan dan politik yang tungang langgang di seantero dunia. Apabila kuasa menjadi taruhan untuk hidup selesa, Sang Semut yang betah hidup dikoloninya keluar kerana mahu mendapat penjelasan daripada Sang Gajah. Sang Semut ingin jadi gajah dan tidak mahu terus ditakuk lama. Kepimpinan dan ketelusan menjadi bualan hangat. Permintaan Sang Semut tidak diendahkan oleh Sang Gajah. Akhirnya dengan bijak akal dan kata-kata Sang Semut, Sang Gajah naik minyak. Kepimpinan Sang Gajah teruji dan permintaan Sang Semut sungguh tidak masuk akal. Yang besar harus didepan dan yang kecil harus duduk diam-diam menurut perintah!
*Penampilan :Adik Dalisya & Fendy
Teater Rojak & Cendol :
Tema Bebas ini disampaikan secara realism. Mengisahkan 3 orang sahabat yang berkawan rapat sejak kecil lagi. Raju, Limah dan Boon. Masing-masing menjalani kehidupan sebagai anak kampung. Perpaduan dan keharmonian menjadi teras pegangan hidup masing-masing. Oleh itu tiada sifat perkauman dalam diri mereka kerana masing-masing hanya mahukan perpaduan dan tidak mencari perbezaan. Mereka bertemu di gerai Raju dan Limah. Raju terkenang kembali usaha ayahnya yang dahulu berniaga cendol di pekan. Penat lelah ayahnya itu bersambung pula dibahunya, namun dengan bantuan Boon ia diusahakan secara komersil. Rojak dan cendol juga menjadi asas perpaduan mereka yang disimpulkan secara simbolik.
*Penampilan :Adi, Aireen & Nurul
Teater Babak Akhir :
Pelajaran adalah keutamaan yang perlu dimiliki kerana ia tidak diwarisi. Namun harta, pangkat dan kebendaan tidak mampu menandingi sifat kasih-sayang. Tan Sri Mukhlis terlalu mengejar kemewahan dan pangkat. Manakala isterinya Puan Sri Maya pula terlalu menurut kata suami dan juga mementingkan Pelajaran kerana tidak mahu anak-anak mereka seperti mereka dahulu. Miskin. Adam dan Hawa, adik-beradik kembar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Namun dek kongkongan ayah dan ibu yang hanya mementingkan ilmu dan kemewahan, mereka terlupa nilai yang harus diutamakan. Kebajikan dan kasih-sayang untuk anak-anak. Akhirnya Adam dan Hawa memberontak inginkan kebebasan seperti remaja dan kanak-kanak lain.
Penampilan :-Fendy , Anna ,Mira ,Nasha Dan Bob

TEMPAT :STOR TEATER DBP, KLJALAN DEWAN BAHASA
TARIKH :23 , 24 dan 25 OKTOBER 2009
JAM : 8:30 MALAM
SUMBANGAN : RM10.00 dan keatas
..

Ahad, 11 Oktober 2009

BEBAS

Aku sepi kala cinta pergi,
aku sayu kala kau ucapkan bye,
aku naik resah bila malam tiba
aku perlu mencari sesuatu yang bukan lagi milikku

kauuuuu bagai jam dinding ...
kau berdetik bila perlu
kau melompat-lompat kala aku derita
kau memang tak pernah peduli

kita ternyata memang tak sepadan
kita tak perlukan kenangan
kita memang selalu macam-macam
kita langsung tak sekata

kini aku bebas ,
bebas bebas dari kamu
mencari diri dan hala tuju
kini kebebasan datang menjemputku
kini aku bebas bebas dari kamu

Khamis, 8 Oktober 2009

Salam blogger

Haaaaaaaaaaaa ... dah lama tak menulis .. pening dengan kerja ntah aper - aper kat office .. bilalah dapat jadi penulis....penuh sepenuh masa ...????

Selasa, 29 September 2009

DIORATIC 1st GATHERING











































Tanggal ..09/09/09 - Selamat Ulang tahun Dior and in the same time aku hadir untuk Dioratic Fan Club aku pikir 2 kali nak join atau tak..., bukannyerr aper al-maklumlah rasa cam malu - malu kucing jugak .. .. tapi .. akhirnya aku pergi jugak sebab bagi aku lagu Dior ader kelebihan tersendiri .. jarang - jarang kita dengan lagu yang cam nih ....jam 5.45petang aku kuar dari rumah masa tu hujan punyalah heavy macam menyambut aku ke The curve .. aku sampai lebih kurang 6.15 ptg camtu .. lepas cari parking terus menuju ker Vivo pizza .. nasib baik Wiena ader aku call nak double check tempat tu .. ( cari tak jumper ....) sampai jer Dior dah ader ... mmm best .. :-)
Petang itu segalanya berjalan seperti biasa .. itu 1st time aku bersama DIORACTIC .. acctually dior nih tak lah sombong baik sangat orangnya .. he is diffrent .. terlalu banyak idea .. tak kurang juga dengan yang lain - lain nya AIN , YANTI, AYU,EASAR,FIRDAUS,JENNY ,HILMY and WIENA. kami berborak sambil makan pizza yum yum... dan tak kurang juga dengan acara bergambar .. sa .. terlupa bawa kamera tapi nasib baik lah boleh tumpang - tumpang ..hehe ..
Bercakap tentang Dior dan masa depannya .. bagi aku terlalu banyak idea dari Dior untuk DIORATIC .. dan untuk kawan - kawan sekelian ... cepat - cepat lah bersama DIORATIC kerna anda tentunya akan puas hati sangat - sangat ....

p/s : Insyallah all member untuk 1st gathering DIORATIC and sama - sama menjaya kan
FanClub ini .. Aminnn....













Sabtu, 26 September 2009

BELUM TERLAMBAT

Syawal datang lagi dan kali ini aku belum terlambat untuk segalanya .. masih lagi dapat mencium tangan ayah dan ibu .. masih lagi dapat bergelak - ketawa bersama adik - adik tersayang .....terasa cepat masa berlalu pulang saja ke KL aku deman .. terus deman rindu agaknya .. tahun ini sambutan disambut ala kadar cukup untuk gembirakan anak - anak biar mereka rasa apa itu raya biar mereka tahu apa itu aidilfitri .
Syukur aku belum terlambat .. terlambat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.mencium pipi dan memohon keampunan dan .. bila terpandang wajah ibu sayu disudut hati ..kalau lah tahun depan kau tak dapat lagi meyambut Aidilfitri ...itu tentunya takdir .. kita redha dan akur dengan kehendaknya ...entah kenapa otakkan asyik terfikir - fikir tentang rancangan selepas syawal .. ya ... teater kami .. Produksi tapak pelita ..orang sibuk riuh rendah menyambut syawal aku otak berangan - angan untuk produksi kami ..

Syawal ...... Belum lagi terlambat ...untuk disambut ...
Salam Aidilfitri buat semua ..................................ungubiru..........

Rabu, 16 September 2009

SINOPSIS : ALAM

Alif tercari - cari diri , kini dia takut untuk keluar rumah takut untuk berhadapan dengan jin dan syaitan yang sentiasa ternampak diruang matanya .Selepas malam itu .. malam Makyah masuk hantu Aliff terus nampak alam ghaib ..7 hari berkurung dalam bilik .. kalaulah semua orang tahu dan semua orang nampak tentu semua dibumi menjerit - jerit macam histeria , Mana tak nya yang hidung sebesar penumpuk yang tanduk panjang sampai kekaki yang taring tajam berkilat- kilat . Alif jadi takut dan setiap kali waktu subuh kakinya di sentap diganggu makluk yang kononnya mengaku dirinya bagus .. mengajak Alif bersembahyang dan mengajar bersilat . Alif hidup diantara dua alam ..tiba - tiba bila tengah malam dia sedar yang dirinya diatas puncak Gunung Jerai bertapa disekeliling manusia berjubah putih . kalau benarlah benda ini wujud ..tapi kenapa .. yang mana satu yang betul alam fantasi , alam ghaib , alam bunian , keturunan atau saka ..hidupnya bermula ketika menolong Makyah yang sakit terkena buatan orang .. kini setiap malam rumahnya penuh dengan pelbagai manusia yang datang inginkan bantuan .. BOMOHKAH AKU ?? aliff berteka teki .

Ahad, 13 September 2009

Perlukah...

perlukan aku berkorban ?
perlukan aku mencari kebaikan
hidup tak perlu pura- pura
katakan terus terang

Perlukah..

perlukan aku tunjukkan kasih sayang?
perlukan aku membiarkan tanpa mengendahkan ?
hati ini terlalu peka pada kasih sayang
hati ini terlalu yakin

Perlukah ...

Perlukan aku bertungkus lumus berhempas pulas ?
Perlukan aku mencapai cita - cita ?
aku puas dengan apa yang ada
aku puas dengan apa yang aku lakukan

Perjuangan Perlukan Perjuangan Seni ?
....................ungubiru

Isnin, 7 September 2009

KUSUT

Arrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhh................... Kusut
hari ini aku betul - betul kusut ,
kusut dengan pelbagai masalah pelbagai tanda tanya .
hidup - hidup.. inilah hidup ..
Perlukah ini berlarutan
mulut-mulut
perlukan ini diteruskan
aku tak pasti apa yang harus dilakukan

Kusut .....
Kusut lagi hari ini terlalu mencabar otakku
otakku dah beku dah jadi macam batu
itulah agaknya dugaan dunia


kalau dulu kanak - kanak tentu bagus
kalau dulu kanak-kanak tentu puas
tanpa kekusutan dunia angan- angan
itu tentu bagus ..

kalau merajuk siapa yang pujuk
kalau menangis siapa yang tahu
kalau menjerit belum tentu puas
Kalau begini sampai bila harus bertahan ?

Kusut dan serabut
nak telan penyapu ?
ya allah , tak perlu difikirkan
namun adakah jalan penyelesaian?

.............................ungubiru

Sabtu, 29 Ogos 2009

BACA SKRIP DIBULAN PUASA

mm skrip reading Tapak pelita ... kali ini tak ramai cuma kami bertiga maklumlah bulan puasa .. semalam ada Bob dia baca skrip untuk watak Adam untuk teater ''BABAK AKHIR'' fuyooo ... best arr Bob caya lah ... tengok Bob macam malu2 jer tapi bila baca saja skrip terus menjiwai watak .. rasa macam gan aku sekali sedih bila nak bawa watak puan Sri Maya macam menjadi jer .... huhuhu .. lewat mlm sikit Nurul datang dia betul - betul nak try berteater so kitaorang bagi dia bawa watak Limah dalam ''Cendol & Rojak ''.Alhamdulilah Nurul bukannya pandai sangat tapi dia berani nk mencuba .. banyak benda baru yang perlu dibelajar .. kata Nurul . mmmm..................Lupa nak cerita pasal dua watak cilik dalam ''Sang Gajah dan Sang Semut'' .. huhuhu Dalili & Dalisya ... termasuk si kecil molek Dazleen yang beria - ria nk cuba jugak bawak watak semua ... bayangkan budak umur 6 tahun yang sanggup hafaz skrip .. mmm canggih kan ... harap - harap watak tu dapat dibawa dengan baik nanti ... mm minat tak menghalang mereka macam mama diaorg kot hehehe ... Alamak terlupa pulak bercerita tentang adik yang sorang lagi tu Fendy... dia terpaksalah bawak semua watak - watak yang tak dtang malam tu .. jadi Tan Sri jadi Hawa jadi Awan dan macam - macam lagi tapi watak Gajah yang Fendy bawak dalam ''Sang Gajah Dan Sang Semut '' mmg menarik ...pada rakan - rakan seni kalau tak sabar - sabar nk tengok pementasan teater kami .. jangan lupa Oktober nanti ....

ungubiru

Selasa, 25 Ogos 2009

MARIA MARISA - PART 1

Marisa tercunggap - cunggap berlari kearah Fendy , matanya yang berair telah mengejutkan Fendy dan kali ini Marissa terus memeluk erat Fendy , dia perlukan orang untuk bergantung dan hanya Fendy sajalah yang mampu untuk semua itu '' kenapa ni Ica kenapa dengan awak ica ?''Ica menyapu air matanya dan terus merenung Fendy '' saya .. saya lari dari rumah '' ''Ayah awak buat hal lagi ?'' kali ini Marissa terdiam lalu megelengkan kepalanya ''saya nk ikut awak ke KL saya .. janji..janji.. nanti saya cari kerja kat sana kita sama- sama simpan duit kat sana nanti ''.


Fendy terlalu sayang kan Marisa dan kali ini dia biarkan saja Marissa megikutnya , dia tahu kalau apa - apa terjadi disana nanti dialah yang akan dipersalahkan . Dengan gaji di kota Kuala Lumpur ini dia menyewa apartment di Subang ,terpaksa la dia memcari tempat tinggal yang lebih privasi semua kerja dia dan Marisa. Marisa pula berkerja di Kedai kasut 10minit dari rumah mereka .entah sampai bila mereka harus hidup begini, hidup tanpa restu orang tua .malam itu hujan renyai - renyai ,sampai sahaja Marisa dirumah dia terus ke dapur mencari sesuatu untuk dikunyah.perutnya terasa lapar mungkin kerana seharian dikedai dia langsung tak makan sibuk dengan Jualan Mega di kedainya . Tiba- tiba otaknya teringatkan jejaka itu Marisa tersenyum sendiri sambil jari - jarinya menyelak majalah yang dibacanya dan pada ketika itu marisa seperti bangga dan seperti terasa ego sendiri , Marisa tersenyum lagi ...

''Hi awak ni cantiklah ..boleh saya jadi kawan awak ?''sambil tersenyum Jeff menghulurkan tangan dan begitu pasti yang dia masih terlalu laku untuk gadis - gadis di kota KL ini .''Saya Ica ..mm Marisa maaflah saya telah berkerja sekarang awak nk beli apa - apa ker ?''''mm kalau saya nk beli awak boleh ehemm... maksud saya nk berkenalan dengan awak .. saya tertarik tgk awak yang cun ni ''Marisa tersenyum bangga sambil tangan bermain dengan hujung rambutnya .

malam itu Marisa tak dapat melelapkan matanya rasa bersalah menghantui dirinya , dah berapa kali dia gan Jeff melakukan itu dan kini hatinya telah berubah pada jejaka itu , macamna dengan Fendy ? itulah bermain dibenaknya .Bermula dengan makan malam yang romantik dan berakhir dengan dosa yang terlalu besar untuk dimaafkan .namun Marisa bahagia begitu membiarkan dirinya diratah oleh lelaki itu .. dan setiap masa dan saat dia ingin bersama lelaki itu .

'' lama kita tak berborak kan ''? Marisa megangguk - gangguk kan kepala sambil tersenyum cuka ''awak ni macam dah kan bukan ica yang saya kenal dulu'' . ''Atau ada apa - apa yang merisaukan awak ?''.Fendy mula resah setiap soalannya tak terjawab dan dari wajah Marisa dia tahu yang memang ada sesuatu yang pelik tentang Marisa ..kini dah lebih dua tahun mereka serumah namun perubahan ketara Marisa menghantui dirinya...

Isnin, 24 Ogos 2009

Produksi Tapak Pelita Telah Bermula ..

Dalam blog rakan-rakan Produksi yang lain dah tertulis tentang pementasan teater bulan oktober ini , Jadi aku tak perlu la bercerita. kalau sesiapa yang nak baca pasal teater yang akan ditayangkan nanti boleh baca blog yusrika bahar atau Azwan Effendy ...Itu hasil dari kekuatan Tapak Pelita .. thanks guy you all doing so great esspecially adik - adik kesayang ku Yusrika bahar . Azwan Effendy & Airren ..dan tak lupa juga pada rakan ahli yang hadir masa script reading aritu ..aku terharu dengan semangat Engkau orang Cayalah !!!bagi yang masih lagi hangat hangat taik ayam atau suam - suam kuku ...alooooooooooooo..............It's start !!!! .....
Pada semua rakan Ahli ''Produksi Tapak Pelita '' tunjukkan kesungguhan kalau mahu kita dikenali ,teater bukan satu perkara yang boleh dibuat macam makan nasi .. teater adalah seni yang perlu diluahkan dan perlukan pengorbanan.. Tanpa semua itu sia - sia saja usaha , jangan tunjuk lagak kalau tak tahu ........ambil tahu.... !!!!Rakan - rakan sekalian sesungguhnya tunjukkan minatmu tanpa minat semuanya sia - sia .. Renung - renungkan lah ..ungubiru

Oktober 2009 !!!

Aku, Kau, Kita, Kami…Bebas

* Cendol & Rojak
* Sang Gajah & Sang Semut
* Babak Akhir


PRODUKSI TAPAK PELITA

Khamis, 13 Ogos 2009

TEATER KOMPILASI VOL II


Kali ini aku nak komen tentang teater kompilasi Vol 2 , malam 13Ogos 2009 yang lalu . Malam tu punyalah ramai sambutan dari pelajar - pelajar ''U''.Walaupun skrip ini ditulis oleh yang bukan lahir pada tahun itu namun jalan ceritanya yang terlalu sensitif dengan isu semasa telah memaksa aku berada dizaman itu , Perjuangan yang tiada penghujungnya dan terlalu kuat untuk diterjah , Demi perjuangan segala - galanya sanggup dan demi perjuangan juga takdak yang mustahil , namun bagi aku jalan cerita yang terlalu berjaga - jaga telah melalaikan penulis sedikit begitu jugak dengak watak yang dibawa oleh effendy yang terlalu berjaga - jaga .namun itulah LEGASI ... Bercakap tentang itu pun aku tetap bangga dengan perjuangan rumah anak teater yang terlalu menitik beratkan perjuangan seni dan kepuasan seni ... Bercakap tentang watak Zahiril Azim pulak aku suka penghayatan itu , cerita itu terlalu bagus untuk dinilai karektor dan jalan ceritanya jugak berkesan ,Razman yang tersepit didalam masalah dan dunia yang diciptanya sendiri telah menyebabkan jalan yang dipilihnya akhirnya gelap terpaksa pergi bersama angin ..pergi bersama rasa itulah NATURALISASI. tahniah pada semua produksi rumah anak teater ''Lu orang memang Hebat !!!'' .......ungubiru

Ahad, 9 Ogos 2009

TEATER ANUGERAH KEMERDEKAAN


Alhamdulilah , akhirnya dari 7 sinopsis yang dihantar Dewan Bahasa dan Pustaka telah memilih 2 skrip sebagai simpanan dari Produksi Tapak Pelita ''Syukur'' Kini Tapak Pelita tetap tidak kecewa walaupun hanya sebagai skrip simpanan tapi sekurang- kurangnya karya kami dihargai .. thanks !!!teater kami Sang Gajah dan Sang Semut yang absurb serta penuh dengan teka teki moga semua penonton akan meyukainya nanti . satu lagi teater iaitu teater Cendol & rojak yang berkisar tentang perniagaan keluar yang turun temurun dari ayahnya dan kini anaknya yang bertekad untuk mengusahakan perniagaan ini , Harap hasil seni ni dapat dihayati dan dihargai dari setiap pelusuk tanahair yang cintakan seni
TAHNIAH TAPAK PELITA !!!

Rabu, 5 Ogos 2009

KATA ORANG !!



KATA ORANG kalau mata kanan terkedip-kedip nk tgk orang jauh ,dan KATA ORG pula kalau mata kiri terkedip-kedip kita nak menangis .. itu diantara kata - kata orang , namun sejauh mana iainya benar kita tak tahu KATA ORG kalau kita bersin sangat2 tu ada lah orang yang sedang mengata pasal kita . ???? KATA ORG jugak kalau kita bulu mata kita jatuh maknanya ada laa yang rindukan kita yang terlalu lama tak jumpa kita ... (mmm... takkan buah hati pun boleh sampai bulu mata jatuh ?)KATA ORG kalau kalau tahi lalat kat tepi bibir tu memang orang mulut alahai punyalah celoteh dan ada juga KATA ORG kalau tahi lalat atas bahu pulak sampai ke tua lah dia menanggung susah .. betul ker ? KATA ORG kalau jumpa duit tepi jalan walau seposen pun kita tak boleh ambik nanti lagi banyak duit kita hilang dan KATA ORG jugak kalau asyik menyanyi dalam bilik air alamatnya dapat laki tua lah kita , KATA ORG kalau makan asyik tukar tempat nanti kawin ramai ( best lah kaum lelaki camni ) ..KATA ORG kalau anak nak kita makan kepala ikan nanti belajar pun susah nk ingat. kalau semua asyik dengar KATA ORG apa pulak KATA KITA ? tapi dalam dunia ni kita kena jugak guna pakai cakap Orang kalau tak jawabnya susahlah ,lagipun kawan -kawan sekeliling kita semuanya orang jadi faham- faham jer lah ...

Isnin, 3 Ogos 2009

KISAH LORONG BLUES !!!



Kesian Mak Jah .. Salahkah MakJah lari dari kesusahan ..salahkan Tokdalang dengan caranya hidup yang terpaksa ditempuhinya. MakJah mengedar dadah ??? itu kah kesenangan ? Ya Allah kesenangan apakah itu ? ..kesian Tok Dalang kerana sampai saat-saat akhirnya bersedih dengan MakJah gadis makyong yang dicintainya dulu ..Arfah pula dah bagi betis masih tak cukup-cukup nk juga Paha nak juga makan besar .. cinta apa itu arfah cinta Boneka ? ada pintu depan dan pintu belakang .. hidup bukan mudah yang baik belum tentu jadi baik yang jahat belum tentu jahat ...Macam kudin yang meratapi kasih ibu yang pergi tanpa sempat menebus dosa kesian kudin mencari keseronokan dengan tinggal dilorong gelap ..Innalillah .. Kudin pergi pada yang Esa .. Jowi pula mencari jalan yang entah ada atau tidak .. tak tahu nak bezakan yang mana perlu dan yang tidak ,Jowi bapuk jalanan yang akhirnya terpaksa menanggung HIV atas kesengsaraan yang dilalui .. ini semua kerana mereka kah ? kerana mereka yang memperkosa memuaskan hawa nafsu melepaskan peluh -peluh haram ...Bapuk dan Punkid yang memilih haluan untuk melupakan kesedihan hidup mencari jalan yang akhirnya memerangkap diri mereka .. dunia berbagai-bagai cerita ada pedih ada sayu dan ada pula yang merana ..dan akhirnya anak yang ditinggalkan terpaksa menjadi pendendam , berdendam dengan ibu sendiri menagih kasih sayang yang tak pernah wujud .. kesian mereka terpaksa menghabiskan hidup sebagai pelarian .. hidup dilorong-lorong blues....

* Apa yang lebih baik menyanyi dalam kedukaan atau menyanyi dalam kegembiraan yang lebih puas kita saja yang pasti kita saja yang tahu ....

Ahad, 2 Ogos 2009

INILAH KAMI !!! PRODUKSI TAPAK PELITA

Panas - panas petang dengan angin yang nyaman kami bersantai di tasik titiwangsa bersama semua rakan - rakan ''Produksi Tapak Pelita'' , bertukar - tukar idea dan mencari kata sepakat , bayangkan dengan semua idea yang digabungkan maka wujudlah keserasian dan tercetus lah
idea ... ''Tapak Pelita'' akan tiba Disember ini bersama Teater - teater dan ruang seni
untuk dipersembahkan . Kepada rakan - rakan baru jom bersama ''Produksi Tapakpelita'' sama- sama kita corakkan seni corakkan dunia dan corakkan hidup kita ..

kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi kami : anna- 0122810807 / Yusrika - 0127052504 / Fendy - 0177474758 / Airen -0129048776

Selamat Datang Rakan Baru ...



Isnin, 20 Julai 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Ini produksi kami , Syukur akhirnya semuanya terlaksana tahun ini tahun yang terlalu bermakna untuk kami semua pengerak 'TapakPelita' .Secara rasminya kami akan begerak seiring dengan produksi-produksi yang lain. pelancaran sepenuhnya akan berlaku Disember ini bersama teater kanak-kanak dan juga golongan dewasa .hah !! bayangkan akhirnya terlaksana juga ,kali ini terpaksa aku bertungkus menyiapkan skrip untuk hari perasmian dan kali ini jugak semua golongan akan megambil bahagian ..bayangkan lah kanak-kanak yang terlenggok diatas pentas , bercekak pinggang melakonkan watak . si ayah yang menunjukkan bakat dan remaja yang meluahkan rasa seni mereka .. semua cerita dan seni digabungkan menjadi satu malam itu dan sentiasa dingati ...Doakan agar semuanya terlaksana ...amin...

Khamis, 9 Julai 2009

KEMBALI

Syukur aku masih disini masih seperti hari hari yang lain cuma kali ini aku di tempat yang lain jauh dari keluarga. sekarang dah pertengahan tahun kerja semakin bertambah anak semakin membesar , namun tetiba aku terasa mahu memulakan kembali minat ku BERTEATER .. puas aku mencari di sekitar KL mencari yg sesuai untuk dimulakan dan akhirnya Sabtu ini 11 Julai aku di Dataran merdeka .. bersama TAPAKPELITA..
Kepuasan itulah yang dapat aku rasakan bila berteater aku tahu yang aku mampu untuk menunjukkan bakatku dan aku mampu berkongsi minatku dengan semua , dan kali ini aku pasti aku buktikan


SABAR >> 11JULAI>> TAPAKPELITA AKU DATANG ............

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones