Rabu, 14 Oktober 2009

7 HARI LAGI !!!

Tinggal lagi 7 hari untuk ''Produksi tapak pelita '' Pementasan tiga teater pendek yang akan membuktikan produksi baru ini boleh bergerak walaupun ada segelintir yang tak yakin dengan kebolehan tapak pelita ... semalam 14 oktober 2009 kami berlatih lagi hampir setiap malam kami cuba dan memastikan kepuasan penonton yang akan hadir malam 23 - 25 oktober ini .
Teater Sang Gajah Dan Sang semut :
Sebuah kisah yang disampaikan secara sinis untuk menyindir situasi kepimpinan dan politik yang tungang langgang di seantero dunia. Apabila kuasa menjadi taruhan untuk hidup selesa, Sang Semut yang betah hidup dikoloninya keluar kerana mahu mendapat penjelasan daripada Sang Gajah. Sang Semut ingin jadi gajah dan tidak mahu terus ditakuk lama. Kepimpinan dan ketelusan menjadi bualan hangat. Permintaan Sang Semut tidak diendahkan oleh Sang Gajah. Akhirnya dengan bijak akal dan kata-kata Sang Semut, Sang Gajah naik minyak. Kepimpinan Sang Gajah teruji dan permintaan Sang Semut sungguh tidak masuk akal. Yang besar harus didepan dan yang kecil harus duduk diam-diam menurut perintah!
*Penampilan :Adik Dalisya & Fendy
Teater Rojak & Cendol :
Tema Bebas ini disampaikan secara realism. Mengisahkan 3 orang sahabat yang berkawan rapat sejak kecil lagi. Raju, Limah dan Boon. Masing-masing menjalani kehidupan sebagai anak kampung. Perpaduan dan keharmonian menjadi teras pegangan hidup masing-masing. Oleh itu tiada sifat perkauman dalam diri mereka kerana masing-masing hanya mahukan perpaduan dan tidak mencari perbezaan. Mereka bertemu di gerai Raju dan Limah. Raju terkenang kembali usaha ayahnya yang dahulu berniaga cendol di pekan. Penat lelah ayahnya itu bersambung pula dibahunya, namun dengan bantuan Boon ia diusahakan secara komersil. Rojak dan cendol juga menjadi asas perpaduan mereka yang disimpulkan secara simbolik.
*Penampilan :Adi, Aireen & Nurul
Teater Babak Akhir :
Pelajaran adalah keutamaan yang perlu dimiliki kerana ia tidak diwarisi. Namun harta, pangkat dan kebendaan tidak mampu menandingi sifat kasih-sayang. Tan Sri Mukhlis terlalu mengejar kemewahan dan pangkat. Manakala isterinya Puan Sri Maya pula terlalu menurut kata suami dan juga mementingkan Pelajaran kerana tidak mahu anak-anak mereka seperti mereka dahulu. Miskin. Adam dan Hawa, adik-beradik kembar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Namun dek kongkongan ayah dan ibu yang hanya mementingkan ilmu dan kemewahan, mereka terlupa nilai yang harus diutamakan. Kebajikan dan kasih-sayang untuk anak-anak. Akhirnya Adam dan Hawa memberontak inginkan kebebasan seperti remaja dan kanak-kanak lain.
Penampilan :-Fendy , Anna ,Mira ,Nasha Dan Bob

TEMPAT :STOR TEATER DBP, KLJALAN DEWAN BAHASA
TARIKH :23 , 24 dan 25 OKTOBER 2009
JAM : 8:30 MALAM
SUMBANGAN : RM10.00 dan keatas
..

Ahad, 11 Oktober 2009

BEBAS

Aku sepi kala cinta pergi,
aku sayu kala kau ucapkan bye,
aku naik resah bila malam tiba
aku perlu mencari sesuatu yang bukan lagi milikku

kauuuuu bagai jam dinding ...
kau berdetik bila perlu
kau melompat-lompat kala aku derita
kau memang tak pernah peduli

kita ternyata memang tak sepadan
kita tak perlukan kenangan
kita memang selalu macam-macam
kita langsung tak sekata

kini aku bebas ,
bebas bebas dari kamu
mencari diri dan hala tuju
kini kebebasan datang menjemputku
kini aku bebas bebas dari kamu

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones