Selasa, 7 September 2010

Happy Birthday Citat !!!

arini 7/8 esok 8/9 makna nya esok dah genap 19 Tahun umur adik aku Mohd Mokhtar .. sekejap ja masa berjalan pejam celik tetiba dah masuk bulan sembilan umur dah semakin meningkat .. mmmm aku sebagai seorang kakak doakan kesejahteraan citat .. moga dai sentiasa dilindungi dan diberkati yang maha esa ..aminn ...
esok hari terakhir aku di kl sebelum bertolak balik ke kedah ... alhamdulliah dengan izin allah dapat juga aku balik kekampung beraya ...walaupun pada asalnya aku malas nak berkumpul tahun ni dek kerna tak cukup korum .. ( tak cukup geng) namum tuhan tu dah aturkan segalanya dan khamis pagi aku ,suami dan anak- anak akan bertolak balik kekampung ...seronok hanya allah saja yang tahu namun dalam keeronokkan dan semangat nak balik kampung aku tetap bersedih ...bersedih bila lima beradik tak dapat berkumpul kali ini ...

happy birthday to you ... happy birthday to you ...

panjang umur mu panjang umur mu .. panjang umur mu adikku mohd mokthar ...


Isnin, 6 September 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Adikku ...

Tahun ini terlalu banyak dugaan yang terpaksa semua orang lalui terutama aku dan keluarga dan tahun ini juga kami beraya tanpa 5 adik beradik .. ya allah kalau diingatkan hati ini terlalu sakit dan terlalu sedih ... Dan semalam sms aku terima mengharap doa dan keberkatan dari kami adik beradik agar dia sentiasa bahagia dan kekal sampai ke anak cucu. Selamat Ulang tahun Angah .. moga segalanya dijadikan pedoman dan moga - moga sentiasa bahagia dan aman sentosa .
Aku masih lagi disini sama seperti sebelum ini menunggu yang belum pasti ... namun hati tetap rasa bahagia bila ada orang sekeliling yang menyayangi kita ...dan esok satu lagi hari yang bermakna ..... 8/9 ...

p/s: Selamat Ulang tahun angah .....

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi

Ramadan datang lagi ..salam ramadan buat semua ..aku macam biasa mengharungi hari - hari yang kurang gula kurang garam nya .. entah kenapa dari awal tahun sampai lah sekarang aku macam orang kehilangan sesuatu ... tahun ini sambutan ramadhan macam biasa tak ada yang lebih atau kurang .. cuma aku tengah terfikir - fikir nak membeli baju anak - anak untuk hari raya .bila ingat hari raya hati jadi sedih bukannhya apa aku rasa kekurangan tahun ni kalau ikutkan hati malas betul nak balik kampung tapi itulah kesian dengan budak - budak .. bukanya anak - anak aku faham .. yang diaoorg tahu raya nak berseronok itu aja ....mula- mula plan nak berniaga bazar ramadhan tapi dek kerana masa yang tak mengizinkan aku tak jadi lah nak berniaga .. malam lepas saja berbuka puasa rehat - rehat sekejap lepas tu tidur mana tak nya letih seharian lagipun bulan puasa ni aku berja 4 pagi jadi terpaksalah tidur awal ...untuk rakan - rakan , keluarga salam ramadhan buat semua ....:-)

Sabtu, 15 Mei 2010

Cuma satu pintaku ...

selamat hari lahir buat ku ... tahun ni dah 35 tahun aku rupanya dan dah 15 tahun aku bergelar isteri ... syukur .. syukur yang tak terhingga . namun dalam keghairahan meyambut tahun yang 35 ini aku akur dengan keadaan . tahun ini bagiku sambutan tak begitu baik mana tak nya banyak sangat yang perlu aku fikirkan .. aku terbawa untuk berfikir tentang hidupkan yang akan datang adakah aku akan dikecewakan lagi atau ini adalah yang terakhir untuk sejarah hidupkan .. kadang - kadang kita tak dapat menduga kasih sayang yang kita curahkan rasa cinta yang kita lahirkan i dan segalanya terlalu payah untuk diduga .. namun '' cuma satu pintaku '' aku ingin sentiasa bahagia .. sentiasa dihargai dan menghargai ... aku sanggup berkorban segala - galanya agar aku dapat kembali cahaya kasih dalam keluarga kami ....
''cuma satu pintaku '' berikan aku kebahagian jangan rampas segalanya dariku ...

salam :ungubiru

Khamis, 6 Mei 2010

Pasrah


hidup yang terlalu indah adalah kerana kasih sayang dan terutama sekali bersama orang yang kita juga sayang dan cinta . dalam hidup ini kadang - kadang kita sendiri tak sedar yang kita terlalu melampau atau melampaui batas .. tapi segala atas kehendak kita . kalau kita boleh berubah dan kalau kita sedar . kita ubah .. kerna sayang kita berubah dan mungkin kali ini coretan ini akan memberi kesan yang terlalu mendalam ...
kesabaran ... aku manusia biasa yang terpaksa menempuhi segala dugaan tuhan dan kadang - kadang mungkin bukan sedar untuk kita mengubah segalanya tapi kesabaran dalam segala hal dan segala segi .. aku pasrah pasrah dengan segala ketentuan tuhan .. aku yakin tuhan bersama ku .
anak - anak ku sayang .. mama setiasa bersama kamu semua . mama sentiasa berkorban demi kamu .. kekasihku dan suamiku ... aku terlalu dan teramat sayang dan cintakan kamu aku sanggup berkkorban demi kasih sayang ku .. aku ingin hidup dan mati bersama kamu untuk seumur hidupku ....
kali ini au benar - benar pasrah ..... pasrah menghadapi hidup buat kali kedua ... dunia yang aku impikan indah - indah belaka .. amin ya rabbal alamin ...

Khamis, 15 April 2010

salam buat semua !!!

Dah lama betul aku tak menulis .. bz dengan kerja- kerja seharian , tambah lagi sekarang ni sibuk dengan event yang kami sama - sama organizer .. harap - harap murahlah rezeki kami . Event tu bulan lima ni kami ( aku dan Adik aku ) sama - sama bz with the event . aku dalam perancangan nak berhenti kerja tapi tengok la kalau rezeki melimpah ruah insyalllah ... kalau berhenti seronok sikit boleh sepenuh masa dengan kerja - kerja yang aku suka .. bukan aku tak suka IT tapi cuma macam tak berapa sesuai dengan jiwa aku .. macam tak puas buat benda yang kita tak minat .. mungkin sebab dari dulu aku dalam marketing , sales customer service and public relation jadi dah jadi macam asam garam bagi aku .
Teater aku tetap akan teruskan cuma buat masa yang terdekat ni belum lagi satu - satu dulu nanti semua berterabur, baru - baru ni seorang adik ajak aku join group teater dioorg pun aku masih tak sempat terpaksa menolak tapi memang ada plan nak juga jeguk adik - adik cuma belum ada kesempatan . menulis malam - malam aku tetap teruskan nak habiskan mini novel aku dan skrip yang aku impikan selama ni .. moga segala apa yang aku impikan untuk tahun 2010 ni berjaya .. haaaaahhhhhaaa.. banyak nyer plan tahun 2010 ni .... semangat - semangat - semangat .. kalau takder semangat nanti semua tak menjadi .

ungubiru

Sabtu, 27 Februari 2010

KELANTAN 27 FEB 2010

alhamdulilah sampai juga aku kat kelantan ... bertolak tadi pukul 9 pagi ... pukul 3 ptg dah sampai sini walaupun perjalan boring gilerrr ... tapi kau bersyukur aku dah sampai kt sini ... esok pagi - pagi nak tgk adik ... alhamdulilah dapat juga jumpa dia esok ..., mesti dia pun dah tak sabar nak berjumpa dgn kami ... mak , angah ,nan,karimah ,fauzan ,ina,dan semua anak saudara .....punyalah banyak rintangan aku nak sampai kesini ... ops lupa seorang lagi anak sedara baru aku ... aidil afif... yang sejak bersalin ni lah aku boleh jumpa ... hehehe ( bagus punya mak saudara !!!) ...tadi baru balik dari pasar siti khadijah.. aku tak beli apa pun ... beli lempok jer sikit...teringin la pulak ... jap lagi malam nak ker uptown kelantan ...besttt .... bb nak menghabiskan duit ni mmg best kan.....hahahaha...oklah .. updated aku untuk hari ni .... tak sabar tgu esok ...

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..
Terdapat ralat dalam alat ini

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones