Selasa, 7 September 2010

Happy Birthday Citat !!!

arini 7/8 esok 8/9 makna nya esok dah genap 19 Tahun umur adik aku Mohd Mokhtar .. sekejap ja masa berjalan pejam celik tetiba dah masuk bulan sembilan umur dah semakin meningkat .. mmmm aku sebagai seorang kakak doakan kesejahteraan citat .. moga dai sentiasa dilindungi dan diberkati yang maha esa ..aminn ...
esok hari terakhir aku di kl sebelum bertolak balik ke kedah ... alhamdulliah dengan izin allah dapat juga aku balik kekampung beraya ...walaupun pada asalnya aku malas nak berkumpul tahun ni dek kerna tak cukup korum .. ( tak cukup geng) namum tuhan tu dah aturkan segalanya dan khamis pagi aku ,suami dan anak- anak akan bertolak balik kekampung ...seronok hanya allah saja yang tahu namun dalam keeronokkan dan semangat nak balik kampung aku tetap bersedih ...bersedih bila lima beradik tak dapat berkumpul kali ini ...

happy birthday to you ... happy birthday to you ...

panjang umur mu panjang umur mu .. panjang umur mu adikku mohd mokthar ...


Isnin, 6 September 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Adikku ...

Tahun ini terlalu banyak dugaan yang terpaksa semua orang lalui terutama aku dan keluarga dan tahun ini juga kami beraya tanpa 5 adik beradik .. ya allah kalau diingatkan hati ini terlalu sakit dan terlalu sedih ... Dan semalam sms aku terima mengharap doa dan keberkatan dari kami adik beradik agar dia sentiasa bahagia dan kekal sampai ke anak cucu. Selamat Ulang tahun Angah .. moga segalanya dijadikan pedoman dan moga - moga sentiasa bahagia dan aman sentosa .
Aku masih lagi disini sama seperti sebelum ini menunggu yang belum pasti ... namun hati tetap rasa bahagia bila ada orang sekeliling yang menyayangi kita ...dan esok satu lagi hari yang bermakna ..... 8/9 ...

p/s: Selamat Ulang tahun angah .....

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi

Ramadan datang lagi ..salam ramadan buat semua ..aku macam biasa mengharungi hari - hari yang kurang gula kurang garam nya .. entah kenapa dari awal tahun sampai lah sekarang aku macam orang kehilangan sesuatu ... tahun ini sambutan ramadhan macam biasa tak ada yang lebih atau kurang .. cuma aku tengah terfikir - fikir nak membeli baju anak - anak untuk hari raya .bila ingat hari raya hati jadi sedih bukannhya apa aku rasa kekurangan tahun ni kalau ikutkan hati malas betul nak balik kampung tapi itulah kesian dengan budak - budak .. bukanya anak - anak aku faham .. yang diaoorg tahu raya nak berseronok itu aja ....mula- mula plan nak berniaga bazar ramadhan tapi dek kerana masa yang tak mengizinkan aku tak jadi lah nak berniaga .. malam lepas saja berbuka puasa rehat - rehat sekejap lepas tu tidur mana tak nya letih seharian lagipun bulan puasa ni aku berja 4 pagi jadi terpaksalah tidur awal ...untuk rakan - rakan , keluarga salam ramadhan buat semua ....:-)

Sabtu, 15 Mei 2010

Cuma satu pintaku ...

selamat hari lahir buat ku ... tahun ni dah 35 tahun aku rupanya dan dah 15 tahun aku bergelar isteri ... syukur .. syukur yang tak terhingga . namun dalam keghairahan meyambut tahun yang 35 ini aku akur dengan keadaan . tahun ini bagiku sambutan tak begitu baik mana tak nya banyak sangat yang perlu aku fikirkan .. aku terbawa untuk berfikir tentang hidupkan yang akan datang adakah aku akan dikecewakan lagi atau ini adalah yang terakhir untuk sejarah hidupkan .. kadang - kadang kita tak dapat menduga kasih sayang yang kita curahkan rasa cinta yang kita lahirkan i dan segalanya terlalu payah untuk diduga .. namun '' cuma satu pintaku '' aku ingin sentiasa bahagia .. sentiasa dihargai dan menghargai ... aku sanggup berkorban segala - galanya agar aku dapat kembali cahaya kasih dalam keluarga kami ....
''cuma satu pintaku '' berikan aku kebahagian jangan rampas segalanya dariku ...

salam :ungubiru

Khamis, 6 Mei 2010

Pasrah


hidup yang terlalu indah adalah kerana kasih sayang dan terutama sekali bersama orang yang kita juga sayang dan cinta . dalam hidup ini kadang - kadang kita sendiri tak sedar yang kita terlalu melampau atau melampaui batas .. tapi segala atas kehendak kita . kalau kita boleh berubah dan kalau kita sedar . kita ubah .. kerna sayang kita berubah dan mungkin kali ini coretan ini akan memberi kesan yang terlalu mendalam ...
kesabaran ... aku manusia biasa yang terpaksa menempuhi segala dugaan tuhan dan kadang - kadang mungkin bukan sedar untuk kita mengubah segalanya tapi kesabaran dalam segala hal dan segala segi .. aku pasrah pasrah dengan segala ketentuan tuhan .. aku yakin tuhan bersama ku .
anak - anak ku sayang .. mama setiasa bersama kamu semua . mama sentiasa berkorban demi kamu .. kekasihku dan suamiku ... aku terlalu dan teramat sayang dan cintakan kamu aku sanggup berkkorban demi kasih sayang ku .. aku ingin hidup dan mati bersama kamu untuk seumur hidupku ....
kali ini au benar - benar pasrah ..... pasrah menghadapi hidup buat kali kedua ... dunia yang aku impikan indah - indah belaka .. amin ya rabbal alamin ...

Khamis, 15 April 2010

salam buat semua !!!

Dah lama betul aku tak menulis .. bz dengan kerja- kerja seharian , tambah lagi sekarang ni sibuk dengan event yang kami sama - sama organizer .. harap - harap murahlah rezeki kami . Event tu bulan lima ni kami ( aku dan Adik aku ) sama - sama bz with the event . aku dalam perancangan nak berhenti kerja tapi tengok la kalau rezeki melimpah ruah insyalllah ... kalau berhenti seronok sikit boleh sepenuh masa dengan kerja - kerja yang aku suka .. bukan aku tak suka IT tapi cuma macam tak berapa sesuai dengan jiwa aku .. macam tak puas buat benda yang kita tak minat .. mungkin sebab dari dulu aku dalam marketing , sales customer service and public relation jadi dah jadi macam asam garam bagi aku .
Teater aku tetap akan teruskan cuma buat masa yang terdekat ni belum lagi satu - satu dulu nanti semua berterabur, baru - baru ni seorang adik ajak aku join group teater dioorg pun aku masih tak sempat terpaksa menolak tapi memang ada plan nak juga jeguk adik - adik cuma belum ada kesempatan . menulis malam - malam aku tetap teruskan nak habiskan mini novel aku dan skrip yang aku impikan selama ni .. moga segala apa yang aku impikan untuk tahun 2010 ni berjaya .. haaaaahhhhhaaa.. banyak nyer plan tahun 2010 ni .... semangat - semangat - semangat .. kalau takder semangat nanti semua tak menjadi .

ungubiru

Sabtu, 27 Februari 2010

KELANTAN 27 FEB 2010

alhamdulilah sampai juga aku kat kelantan ... bertolak tadi pukul 9 pagi ... pukul 3 ptg dah sampai sini walaupun perjalan boring gilerrr ... tapi kau bersyukur aku dah sampai kt sini ... esok pagi - pagi nak tgk adik ... alhamdulilah dapat juga jumpa dia esok ..., mesti dia pun dah tak sabar nak berjumpa dgn kami ... mak , angah ,nan,karimah ,fauzan ,ina,dan semua anak saudara .....punyalah banyak rintangan aku nak sampai kesini ... ops lupa seorang lagi anak sedara baru aku ... aidil afif... yang sejak bersalin ni lah aku boleh jumpa ... hehehe ( bagus punya mak saudara !!!) ...tadi baru balik dari pasar siti khadijah.. aku tak beli apa pun ... beli lempok jer sikit...teringin la pulak ... jap lagi malam nak ker uptown kelantan ...besttt .... bb nak menghabiskan duit ni mmg best kan.....hahahaha...oklah .. updated aku untuk hari ni .... tak sabar tgu esok ...

Rabu, 17 Februari 2010

MAID YG TAK KENANG BUDI !!!

sampai hari ni aku masih lagi terasa panas .. panas pasal cerita semalam .. maid aku tetiba lari dari rumah ... nasib baik masa tu anak - anak cuti sekolah .. semua ada rumah ... masa husband aku kuar dari rumah dia bukan main lagi berlakon tgh megemas dan sapu sampah ... sial betul betul ... agaknya lepas ja husband aku kuar dari rumah dia pun cepat - cepat kuar dari rumah ... kurang jar betul masa tu anak - anak aku semua tgh tidur lagi ... dia tinggal umah dengan pintu tak berkunci keluar macam tu saja .. sila betul ....
yang aku ralat sangat tu bukan ya apa geram sebab kita jaga dia punyalah baik macam sedara sendiri tapi boleh buat kita macam tu .. aihhh sakit ati betul la .... malam sebelum tu ... anak aku yang bongsu tidur dengan dia dalam bilik .. masa aku masuk bilik tu aku nampak ada beg dia dah packing tapi bila aku tanya dia kata baju yang tak pakai ... dia nk simpan .. aku nitanpa rasa syak apa - apa masuk tdur... gerammmmmmm ... betul ... aku ...
itulah orang ramai dah cakap kalau indon ni memang tak boleh bagi muka ... kalau kita percaya pun susah jugak kalau kita banyak songeh pun susah jugak .. serba tak kena .. takkkan bila kita kuar rumah nk rantai kaki dia kat tiang rumah kot biar dia buat kerja sambil kaki berantai ...
intai - intai barulah aku tahu dari maid kawan aku rupanya masa petang- petang dia bawak anak aku kat playground dia sembang gan satu minah ni .. kononnya minah ni nak pakai maid ....offer gaji 650 ( aku bagi rm550) lebih seratus ja pun
dan aku rasa mmg dia lari g umah majikan baru lakot .. sial betul ... masa ptg aku balik dari kerja aku tanya budak- bidak kedai runcit tu dia kata maid aku tu ada turun g kedai tengahri .. turun beli kentang .....sahhhh!!!!!!! mmg dia lari dekat-dekat umah aku jugak ... its ok aku dah buat report dan bagitahu security .. biar kena tangkap .. kali ni kalau aku tangkap aku nk humban ja kat balai polis .. biar padam muka ...

kalau dia kat umah aku jugak mmg tak selamat la dia dapat ja mmg aku humban kat balai polis ....

* buntu anak - anak dah jadi lintang pukang balik ....

Rabu, 3 Februari 2010

SEMALAM

semalam aku tak dapat tdo .. bila pejam ja mata .. terbayang muka adik ...terasa rindu sangat ... agaknya masa yang sama dia pun teringat dan rindukan aku kot ..!! tetiba basah pipi .. sayu sangat ... mana tak nak minggu lepas cadang nak kesana tapi tetiba kereta ku kena pecah entah penyamun mana punya kerja .. so terpaksa lah batalkan semua plan ..mungkin ada hikmah agaknya aku tak boleh pergi sana .... mak , karimah , abah gan kawan adik aku sampai kat sana diaorg sajalah wakil aku .. mak kata adik sihat ja badan pun berisi sikit muka nampak berseri walaupun masa jumpa tu nampak dia macam sedih saja ... rindu agaknya ... aku ni yang parah .. bila sambil - sambil berborak aku teringat adik .. air mata mulalah meleleh .....

so next plan hujung bulan dua ni .. harap - harap cepat-2 la masa berlalu ....

Selasa, 19 Januari 2010

panas

aku panas hati sikit 2- 3 hari ni .. panas hati gan orang yang suka menipu ...

Jumaat, 15 Januari 2010

artis malaysia perlukan publisiti

tadi baru lepas berjumpa seorang kawan .. makan kat subway .. lepak - lepak pastu bercerita muzik tanahair kita ni .. banyak artis - artis baru yang tumbuh macam cendawan ... namun .. aku berminat tentang cerita artis kita yang bagus - bagus ... tapi bila bercakap pasal artis aku terfikir pasal masa depan artis kita .. kesian pun ada juga .. tak puas hati pun ya juga ... ..
kalau satu radio kat malaysia .. asyik pasang lagu english .. yang latest -latest .. so yang dua lagi radio ni napa masih juga tak faham - faham .. pasang la lagu artis malaysia... bukan lah takder pasang langsung .. tapi lagu - lagu artis yang dah glamor ja yang artis yang baru nk naik yang baru merangkak dengan 3-4 lagu ni macam tak dilayan ... takkan nak pasang lagu pun nak kena pilih -pilih sampai macam tu sekali sekarang ni pun macam budak2 matahari poyos .. lagu - lagu ok what ... tapi kalau nak dengar pasang kat radio ni mmg susah la ... satu hari sekali pun susah .... ader la sesetengah radio jer yang pasang itupun bersebab ...... CDnaz pun lagu best ... lirik semua mantap tapi still tak cukup publisiti ... napa eik ... wahai radio - radio yang dua tu pasang la selalu sikit .. lagu dioorg .. peminat diaorg berlambak yang nak dengar ... kalau selalu pasang .. maka cepat la publisiti tu tersebar ... sejak kebelakangan ni aku selalu sangat terfikir pasal artis malaysia .. macam DIOR contohnya dia ada talent yang tersendiri ada lagu yang menarik dan jarang - jarang pun kita jumpa artis yang unik macam ni ... bagi aku semua artis malaysia kena seimbang .. kena tahu dan kena sedar ruang semua pihak .. yang baru .. pun perlukan perhatian ..
anyway aku berharap kawan - kawan aku all success ...
dior , matahari poyos , cdnaz , aesar (yang baru nak kuar album ) dan Min yasmin yang juga bercita - cita tinggi ....


** gudluck ...

Ahad, 10 Januari 2010

DOA untuk adik ....2010




Tahun ni tahun 2010 aku berharap segalanya akan ber jalan lancar ... menempuhi segala macam dugaan yang tuhan turunkan ..awal tahun saja aku tertunggu - tunggu satu keputusan yang terlalu menakutkan kami sekeluarga .. maklumlah ... bukan senang untuk setiap orang untuk menerima hakikat ... yang terpaksa berpisah jauh ... aku dilahirkan sebagai anak sulung dari 5 beradik ... 3 perempuan dan 2 lelaki ... .. walaupun kami semua tak tinggal bersama ... namun sebagai adik beradik .. kami tetap rapat ... cuma tahun ini 2010 aku sayu sedikit ... hilang seorang adik yang terpaksa jauh dari kami ... nak pulak adik yang bongsu sekali .... mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini mungkin juga tuhan mahu menduga kami .... aku boleh dikatakan rapat dengan dia .. namun kali terakhir aku berjumpa masa raya 2009 ... itu lah kali terakhir .. lepas dari tu ... tak lagi ... bila tahun 2010 januari ... dia terpaksa dihantar ke machang kelantan .. aku sedih .. tahu yg dia sedih mak juga sedih ... mana pernah dia terpisah dengan kami begitu lama dan mana pernah dia tidur malam tanpa kami ... ''ya allah kuatkan lah semangat ku '' semalam bila makan teringat kan dia bila masa happy pun tiba- tiba jadi suram ... teringatkan dia ... .. darah daging bila terpisah .. begini lah rasanya .... aku berharap dan sentiasa memanjangkan doa ..... agar tuhan turunkan rahmat dan segala yang baik baik untuknya ...amin ....

* tak sabar nak tunggu hujung bulan nak kesana .. nak jumpa dan nak lepaskan rindu ....

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones