Jumaat, 24 Oktober 2008

DUGAAN LAGI

Ya allah , lepas saja dari kemalangan tuhan beri kami satu lagi dugaan .. dia ditahan polis kali ini pakatan dalam kes mencuri , maka dengan sakit-sakit badan selepas kemalangan terpaksa pula meringkuk di neraka dunia ... tuhan saja lah yang tahu masa itu bagaimana hati dan perasaan kami sekeluarga .. 3 malam dalam tahanan dan akhirnya dengan RM1000 dia dapat dibebaskan . Syukur pada ''Allah yang maha Esa '' aku memohon pada tuhan agar dia diberi kesedaran dan syukurlah sampai sekarang walaupun sedikit dia sudah ada perubahan . kasih seorang ibu terlalu tinggi nilainya dan tak terbalas budinya .. namun tak semua orang sedar dan akur dengan ketentuan tuhan ..

MUSIBAH

kerana menderhaka dengan orang tua kerana menghina ibu bapa maka tuhan .. terus meguji kita memberi amaran .malam raya yang lalu tuhan maha kaya dia kemalangan , sebelah mukanya hancur dik jalanraya , bayangkan masa tu ibu dan ayah yang dicaci tiada di sisi .. Ya allah aku yang mendapat berita bagai hilang sebelah kaki , kaku tanpa kata-kata .. malam itu aku ta dapat lelapkan mata terbayang apa yang bakal berlaku .. mujurlah ada kakak yang masih meyangi terpaksa bersengkang mata di hospital hingga pagi .
Paginya aku terus bergegas kehospital alhamdulilah tuhan terlalu agung dan meyayanginya, keadaanya stabil cuma bekas -bekas berjahit masih lagi terasa , tangan dihulur tanda kemaafan ...aku akur.. dan aku redha dengan ketentuan tuhan , itulah kasih sayang seorang kakak dan adiknya...

Rabu, 27 Ogos 2008

Darah Daging

Apa ertinya darah daging kalau tak dapat dikongsi kegembiraan bersama ? dalam kehidupan ini sudah menjadi lumrah bagi setiap kakak menyayangi dan menjaga adik - adiknya yang lain tapi perlukah ini berlaku adakah satu kemestian ? aku tetanya -tanya sendiri sayang kah mereka pada aku , sanggupkah mereka berkorban untuk aku , dalam kesunyian malam ini aku terpaksa menjawab teka - teki ini . begitu jugalah watak didalam ceritaku ini Mellisa ..sedap nama tu .. Melissa dilahirkan dalam kehidupan yang serba sederhana mempunyai cita -cita yang sama sekali tidak pernah dibanggakan oleh keluarga namun hidup tetap diteruskan ,berbekalkan semangat dan cita cita dia berazam untuk mencipta nama untuk dirinya sendiri ..kesian mellisa terpaksa berkerja jauh dari keluarga menyimpan wang simpanan untuk menyambung pelajaranya.'' Kakak janji satu hari nanti semua orang akan berbangga dengan kakak'' itulah kata -kata manis melissa dan juga kata-kata terakhirnya sebelum kereta volvo itu meyodoknya dari depan ''innalilah'' kesian melissa belum sempat membuktika apa -apa dia pergi menemui ajal .
''Buat adik tersayang , kakak dah sampai ke KL dan esok segala-galanya akan bermula , jangan risau kan kakak yang penting jaga mak baik- baik , cukup bulan nanti dapat gaji kita makan Pizza ok ... huhuhu mesti adik happy kan ?'' Marina menutup surat yang dibacanya dengan perlahan dia membuka kain yang menutup wajah melissa ''Ya allah dia masih cantik dia masih ayu aku bersyukur padamu ya allah kerana kamu lebih meyayanginya '' Marina tahu kalau kakaknya tak dapat teruskan cita -cita, maka dialah yang perlu teruskan cita -cita itu perkataan MODEL bermain dibenaknya ...( sambil tersenyum Marina redha ...)

kasih ibu

betapa besarnya kasih ibu betapa besarnya pengorbanan nya seorang ibu tapi adakah setiap apa yang berlaku itu betul ? setiap apa yang terjadi itu betul semua ini terlalu tajam untuk dihuraikan terlalu istimewa untuk diterjemahkan , kalau dah sampai nak ditikam dek anak sendiri nak dipukul dek anak sendiri macamana keadaan ini harus dihuraikan ? si Ibu terlalu takut kehilangan anaknya sedangkan si anak berulang kali memaki hamun si ibu katanya ibu itu penghalang baginya .. ''Ya allah aku mohon padamu tunjukkan lah kebenaran '' Amin ...

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones