menulis mulanya hobi dan lama -lama menjadi minat sekarang cita-cita yang aku tangguhkan untuk sekian lama.disaat kesibukan hidup yang telah dibina lebih 10 dekad ini aku semakin berazam mengumpul pengalaman dan memgumpul segala yang terpendam untuk diluahkan , kehidupan aku yang terlalu obses dengan keadaan sekeliling maka.. tercetus lah nota ini , ............nota ungubiru
Isnin, 3 Ogos 2009
KISAH LORONG BLUES !!!
Kesian Mak Jah .. Salahkah MakJah lari dari kesusahan ..salahkan Tokdalang dengan caranya hidup yang terpaksa ditempuhinya. MakJah mengedar dadah ??? itu kah kesenangan ? Ya Allah kesenangan apakah itu ? ..kesian Tok Dalang kerana sampai saat-saat akhirnya bersedih dengan MakJah gadis makyong yang dicintainya dulu ..Arfah pula dah bagi betis masih tak cukup-cukup nk juga Paha nak juga makan besar .. cinta apa itu arfah cinta Boneka ? ada pintu depan dan pintu belakang .. hidup bukan mudah yang baik belum tentu jadi baik yang jahat belum tentu jahat ...Macam kudin yang meratapi kasih ibu yang pergi tanpa sempat menebus dosa kesian kudin mencari keseronokan dengan tinggal dilorong gelap ..Innalillah .. Kudin pergi pada yang Esa .. Jowi pula mencari jalan yang entah ada atau tidak .. tak tahu nak bezakan yang mana perlu dan yang tidak ,Jowi bapuk jalanan yang akhirnya terpaksa menanggung HIV atas kesengsaraan yang dilalui .. ini semua kerana mereka kah ? kerana mereka yang memperkosa memuaskan hawa nafsu melepaskan peluh -peluh haram ...Bapuk dan Punkid yang memilih haluan untuk melupakan kesedihan hidup mencari jalan yang akhirnya memerangkap diri mereka .. dunia berbagai-bagai cerita ada pedih ada sayu dan ada pula yang merana ..dan akhirnya anak yang ditinggalkan terpaksa menjadi pendendam , berdendam dengan ibu sendiri menagih kasih sayang yang tak pernah wujud .. kesian mereka terpaksa menghabiskan hidup sebagai pelarian .. hidup dilorong-lorong blues....
* Apa yang lebih baik menyanyi dalam kedukaan atau menyanyi dalam kegembiraan yang lebih puas kita saja yang pasti kita saja yang tahu ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TERATAK UNGUBIRU
- ungubiru
- Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan