Khamis, 13 Ogos 2009

TEATER KOMPILASI VOL II


Kali ini aku nak komen tentang teater kompilasi Vol 2 , malam 13Ogos 2009 yang lalu . Malam tu punyalah ramai sambutan dari pelajar - pelajar ''U''.Walaupun skrip ini ditulis oleh yang bukan lahir pada tahun itu namun jalan ceritanya yang terlalu sensitif dengan isu semasa telah memaksa aku berada dizaman itu , Perjuangan yang tiada penghujungnya dan terlalu kuat untuk diterjah , Demi perjuangan segala - galanya sanggup dan demi perjuangan juga takdak yang mustahil , namun bagi aku jalan cerita yang terlalu berjaga - jaga telah melalaikan penulis sedikit begitu jugak dengak watak yang dibawa oleh effendy yang terlalu berjaga - jaga .namun itulah LEGASI ... Bercakap tentang itu pun aku tetap bangga dengan perjuangan rumah anak teater yang terlalu menitik beratkan perjuangan seni dan kepuasan seni ... Bercakap tentang watak Zahiril Azim pulak aku suka penghayatan itu , cerita itu terlalu bagus untuk dinilai karektor dan jalan ceritanya jugak berkesan ,Razman yang tersepit didalam masalah dan dunia yang diciptanya sendiri telah menyebabkan jalan yang dipilihnya akhirnya gelap terpaksa pergi bersama angin ..pergi bersama rasa itulah NATURALISASI. tahniah pada semua produksi rumah anak teater ''Lu orang memang Hebat !!!'' .......ungubiru

Ahad, 9 Ogos 2009

TEATER ANUGERAH KEMERDEKAAN


Alhamdulilah , akhirnya dari 7 sinopsis yang dihantar Dewan Bahasa dan Pustaka telah memilih 2 skrip sebagai simpanan dari Produksi Tapak Pelita ''Syukur'' Kini Tapak Pelita tetap tidak kecewa walaupun hanya sebagai skrip simpanan tapi sekurang- kurangnya karya kami dihargai .. thanks !!!teater kami Sang Gajah dan Sang Semut yang absurb serta penuh dengan teka teki moga semua penonton akan meyukainya nanti . satu lagi teater iaitu teater Cendol & rojak yang berkisar tentang perniagaan keluar yang turun temurun dari ayahnya dan kini anaknya yang bertekad untuk mengusahakan perniagaan ini , Harap hasil seni ni dapat dihayati dan dihargai dari setiap pelusuk tanahair yang cintakan seni
TAHNIAH TAPAK PELITA !!!

Rabu, 5 Ogos 2009

KATA ORANG !!



KATA ORANG kalau mata kanan terkedip-kedip nk tgk orang jauh ,dan KATA ORG pula kalau mata kiri terkedip-kedip kita nak menangis .. itu diantara kata - kata orang , namun sejauh mana iainya benar kita tak tahu KATA ORG kalau kita bersin sangat2 tu ada lah orang yang sedang mengata pasal kita . ???? KATA ORG jugak kalau kita bulu mata kita jatuh maknanya ada laa yang rindukan kita yang terlalu lama tak jumpa kita ... (mmm... takkan buah hati pun boleh sampai bulu mata jatuh ?)KATA ORG kalau kalau tahi lalat kat tepi bibir tu memang orang mulut alahai punyalah celoteh dan ada juga KATA ORG kalau tahi lalat atas bahu pulak sampai ke tua lah dia menanggung susah .. betul ker ? KATA ORG kalau jumpa duit tepi jalan walau seposen pun kita tak boleh ambik nanti lagi banyak duit kita hilang dan KATA ORG jugak kalau asyik menyanyi dalam bilik air alamatnya dapat laki tua lah kita , KATA ORG kalau makan asyik tukar tempat nanti kawin ramai ( best lah kaum lelaki camni ) ..KATA ORG kalau anak nak kita makan kepala ikan nanti belajar pun susah nk ingat. kalau semua asyik dengar KATA ORG apa pulak KATA KITA ? tapi dalam dunia ni kita kena jugak guna pakai cakap Orang kalau tak jawabnya susahlah ,lagipun kawan -kawan sekeliling kita semuanya orang jadi faham- faham jer lah ...

Isnin, 3 Ogos 2009

KISAH LORONG BLUES !!!



Kesian Mak Jah .. Salahkah MakJah lari dari kesusahan ..salahkan Tokdalang dengan caranya hidup yang terpaksa ditempuhinya. MakJah mengedar dadah ??? itu kah kesenangan ? Ya Allah kesenangan apakah itu ? ..kesian Tok Dalang kerana sampai saat-saat akhirnya bersedih dengan MakJah gadis makyong yang dicintainya dulu ..Arfah pula dah bagi betis masih tak cukup-cukup nk juga Paha nak juga makan besar .. cinta apa itu arfah cinta Boneka ? ada pintu depan dan pintu belakang .. hidup bukan mudah yang baik belum tentu jadi baik yang jahat belum tentu jahat ...Macam kudin yang meratapi kasih ibu yang pergi tanpa sempat menebus dosa kesian kudin mencari keseronokan dengan tinggal dilorong gelap ..Innalillah .. Kudin pergi pada yang Esa .. Jowi pula mencari jalan yang entah ada atau tidak .. tak tahu nak bezakan yang mana perlu dan yang tidak ,Jowi bapuk jalanan yang akhirnya terpaksa menanggung HIV atas kesengsaraan yang dilalui .. ini semua kerana mereka kah ? kerana mereka yang memperkosa memuaskan hawa nafsu melepaskan peluh -peluh haram ...Bapuk dan Punkid yang memilih haluan untuk melupakan kesedihan hidup mencari jalan yang akhirnya memerangkap diri mereka .. dunia berbagai-bagai cerita ada pedih ada sayu dan ada pula yang merana ..dan akhirnya anak yang ditinggalkan terpaksa menjadi pendendam , berdendam dengan ibu sendiri menagih kasih sayang yang tak pernah wujud .. kesian mereka terpaksa menghabiskan hidup sebagai pelarian .. hidup dilorong-lorong blues....

* Apa yang lebih baik menyanyi dalam kedukaan atau menyanyi dalam kegembiraan yang lebih puas kita saja yang pasti kita saja yang tahu ....

Ahad, 2 Ogos 2009

INILAH KAMI !!! PRODUKSI TAPAK PELITA

Panas - panas petang dengan angin yang nyaman kami bersantai di tasik titiwangsa bersama semua rakan - rakan ''Produksi Tapak Pelita'' , bertukar - tukar idea dan mencari kata sepakat , bayangkan dengan semua idea yang digabungkan maka wujudlah keserasian dan tercetus lah
idea ... ''Tapak Pelita'' akan tiba Disember ini bersama Teater - teater dan ruang seni
untuk dipersembahkan . Kepada rakan - rakan baru jom bersama ''Produksi Tapakpelita'' sama- sama kita corakkan seni corakkan dunia dan corakkan hidup kita ..

kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi kami : anna- 0122810807 / Yusrika - 0127052504 / Fendy - 0177474758 / Airen -0129048776

Selamat Datang Rakan Baru ...



Isnin, 20 Julai 2009

PRODUKSI TAPAK PELITA

Ini produksi kami , Syukur akhirnya semuanya terlaksana tahun ini tahun yang terlalu bermakna untuk kami semua pengerak 'TapakPelita' .Secara rasminya kami akan begerak seiring dengan produksi-produksi yang lain. pelancaran sepenuhnya akan berlaku Disember ini bersama teater kanak-kanak dan juga golongan dewasa .hah !! bayangkan akhirnya terlaksana juga ,kali ini terpaksa aku bertungkus menyiapkan skrip untuk hari perasmian dan kali ini jugak semua golongan akan megambil bahagian ..bayangkan lah kanak-kanak yang terlenggok diatas pentas , bercekak pinggang melakonkan watak . si ayah yang menunjukkan bakat dan remaja yang meluahkan rasa seni mereka .. semua cerita dan seni digabungkan menjadi satu malam itu dan sentiasa dingati ...Doakan agar semuanya terlaksana ...amin...

TERATAK UNGUBIRU

Foto saya
Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan 5 orang adik beradik , kerana kurang dimanjakan aku bertekad mencari ruang hidup sendiri membina masa depan sendiri kini aku semakin success .. aku berazam sekurang -kurang novelku dapat dikeluarkan ..amin..

Remembrances Song


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones